NAMANYA sering disebut pada sekitar tahun 2005 selepas menjuarai rancangan pertandingan nyanyian realiti TV popular, Akademi Fantasia musim ke 3.
Dengan tagline terkenalnya sehingga menjadi trademark tersendiri, ‘Mawi World’ juga sering menjadi ikutan anak muda ketika itu.
Asmawi Ani atau Mawi kini lebih selesa berambut panjang malahan dia akan mengekalkan imej itu dalam masa terdekat ini.
Mawi, 36, sebelum ini sering kelihatan berambut botak dan kali ini dia mahukan sesuatu yang berbeza iaitu berambut panjang sehingga paras bahu!
Sekali pandang dah macam M. Nasir je Mawi ni, rambut ada ala M. Nasir. Dengarnya Mawi berambut panjang kerana tuntutan wataknya di dalam filem Munafik 2. Agaknya apa ya watak Mawi dalam filem tu?
“Pada mulanya saya diminta Syamsul Yusof untuk menyimpan rambut lebih panjang daripada kebiasaan demi karakter saya untuk filem Munafik 2.
“Pada mulanya memang tidak selesa namun lama kelamaan saya rasa imej ini berbeza dan saya selesa. Rasa saya nak potong,” kata Mawi ketika ditemui oleh pihak Astro Gempak ketika majlis kesyukuran saluran radio baharu Astro.
Khabarnya Mawi merupakan antara lima penyampai radio baharu di bawah naungan Astro Radio bersama dengan selebriti lain iaitu Lin Ariffin, Anad Tahir, Raqib dan Falyq.
Murah rezeki Mawi… Sering kali kita mendengar lagunya dijadikan soundtrack di filem dan hit di corong radio, kini dia sudah bergelar pelakon dan penyampai radio pula.
Selain itu, Mawi dan isterinya juga telah membuka sebuah butik menjual pakaian di bawah jenama sendiri sejak Aidilfitri lalu yang diberi nama UnequeinMawiEkin.
Mawi dan pasangannya, Ekin dikurniakan seorang anak gadis yang diberi nama Cahaya Malaika. Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2008 lalu.
Semoga segala perancangan yang telah dibuat dapat berjalan dengan lancar hendaknya. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah
No comments:
Write comments