SEBUT sahaja nama Siti Kasim, pasti anda kenal dengan pe’el peguam kontroversi ini yang sering mencetuskan kemarahan orang ramai ekoran mengeluarkan kenyataan ‘kurang cerdik’ mengenai ajaran Islam.
Wanita ini memang lantang menyuarakan isu-isu yang bertentangan dengan agama seperti hak LGBT dan paling diingati, dia pernah mempertikaikan kewujudan Tuhan beberapa tahun lalu.
Terbaharu menerusi laman Facebooknya, aktivis leberal itu sekali lagi menerima kecaman selepas memuat naik kenyataan kurang bijaknya mengenai hukum meminum arak.
Siti sewaktu lawatannya ke sebuah kawasan yang menempatkan ratusan tong arak di Shibuya, Tokyo, dia beranggapan rakyat tempatan di sana begitu produktif biarpun alkohol tidak diharamkan.
“Saya tak nampak orang Jepun mabuk dan memberi masalah kepada masyarakat, sebaliknya merekalah bangsa paling produktif di dunia.
“Ini semua hanyalah kawalan diri dan bukannya mengenai moral seseorang kepada individu lain.
“Ajarlah orang ramai mengenai hormat dan pemahaman sejagat mengenai hak dan salah, maka anda akan mempunyai negara produktif,” katanya.
Kenyataan wanita ‘cerdik’ ini seakan perlian gara-gara pembatalan pesta arak “Better Beer Festival 2017” daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pendirian wanita ini seterusnya menerima kecaman hebat daripada netizen yang kebanyakkanya beranggap wanita itu sudah hilang pedoman dan tidak kurang juga melabelkannya sebagai ‘wanita neraka’.
“Kurang didikan agama yang betul ini lah jadinya. Tak pun terlebih pandai nak melawan hukum Allah SWT.
“Bukan sahaja arak malah babi pun mereka makan dan mereka pun maju. Allah lebih mengetahui apa yang diperintahkan,” tulis Nursyakila Rahman.
Manakala pengguna akaun Facebook bernama Don Haikal pula menulis;
“Bila orang yang kononnya berpendidikan bersuara, walaupun nampak bijak tapistatement bodoh.
“Kalau kau bukan non-muslim, kau nak melantar arak berapa ribu juta tin pun kau melantaklah, tiada siapa nak marah tetapi tahu tak kenapa dalam Quran Allah melarang umat Islam meminumnya? Sebab kesannya amat buruk.”
Bagaimanapun, masih terdapat segelintir netizen dilihat menyokong pendirian wanita ini dan apa yang lebih menyedihkan, rata-rata mereka beragama Islam.
“Alaa waktu ibu saya nak lahirkan adik bongsu, arwah papa belikan arak untuk ibu saya, kecohlah diorang-diorang yang otak sempit ni,” tulis Ains Abismail.
“Menurut hadis, di dalam syurga ada mengalir sebatang sungai yang dipenuhi dengan arak di mana seluruh penghuni dibenarkan untuk minum.
“Persoalan saya mengapa di dunia ketika ini tidak dibenarkan untuk minum arak?Yam Seng all the time!“ kata Wan Zaharian. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments