Wednesday, 10 May 2017

Lelaki Terlupa 36 Tahun Pen ‘Tertinggal’ Dalam Perut


SEPASUKAN doktor di sebuah hospital di Kunshan, China terkejut besar apabila menemui dua batang pen dalam perut seorang lelaki yang pernah ditelannya 36 tahun lalu ketika mabuk.

Lelaki berkenaan yang hanya dikenali sebagai nama Wang, menjalani pembedahan itu 4 Mei lalu selepas mengadakan pemeriksaan fizikal di hospital berkenaan, Februari lalu.

Kedua-dua pen tersebut masing-masing berukuran 11.64 sentimeter itu ditemui dalam keadaan baik di sistem penghadaman meskipun sudah tiga dekad berlalu.

Menurut Wang, 50, dia tidak pernah merasa sakit atau tidak selesa akan kewujudan pen itu dalam perutnya.

Dia hanya mengetahui kewujudan pen itu apabila doktor menemui objek asing dalam perutnya melalui imbasan x-ray, kemudian menyarankannya menjalani CT scan.


Hasil pemeriksaan itu, mendapati terdapat objek berbentuk liner seakan-akan pen.

Ketika itu, Wang baru teringat kembali kejadian 36 tahun dahulu semasa usianya 14 tahun, apabila dia telah menelan dua pen tersebut ketika sedang mabuk.

Menurutnya, dia menelan pen itu selepas dicabar rakannya yang mendakwa konon dia boleh berhenti minum arak sekiranya menelan pen. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments