PELAKON filem Juvana 2, Eyka Farhana dikatakan berang apabila namanya dikaitkan dengan sebuah penyebaran video lucah yang viral di laman sosial sejak Julai lepas.
Eyka atau nama sebenarnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi mengakui amat terkejut akan kejadian tersebut.
Pelakon ini mula menyedari perkara berkenaan selepas ditanya oleh beberapa orang rakan yang ingin mendapatkan kesahihan mengenai video tersebut.
“Itu bukan saya…Saya belum gila nak buat video macam itu! Saya sendiri terkejut apabila tiba-tiba ramai kawan yang tanya mengenainya.
“Bila saya lihat wanita dalam video itu memang serupa sedikit dengan saya, tapi dia orang lain.
“Saya geram individu yang muat naik video itu tulis nama saya pula sehingga orang ingat itu adalah saya,” ujarnya memetik mStar Online.
Jelas eyka lagi, perkara tersebut amat mengaibkan kerana perkara itu timbul ketika anggota keluarga masih dalam keadaan sedih dengan berita pemergian kakaknya pada 23 Ogos lepas.
“Saya masih waras daripada terfikir buat perkara tidak ada maruah seperti itu.
“Lebih menyedihkan ia ditimbulkan ketika saya dan keluarga masih bersedih dengan pemergian arwah kakak,” katanya.
Dalam pada itu, Eyka memberitahu dia memandang berat isu ini kerana melibatkan maruah dan tidak teragak untuk mengambil tindakan undang-undang dalam masa terdekat.
Sementara itu, pelakon ini juga berharap agar individu berkenaan segera membuang atau mengeluarkan namanya daripada rakaman tersebut. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura
No comments:
Write comments