TIDAK lama dahulu, video mencuit hati seorang wanita bernama Kak Girl miming dan menari lagu Bole Chudiya telah tular di media sosial.
Sejak itu, Kak Girl atau nama sebenarnya Nur Amira Maslan mula dikenali sehinggakan dia ditawarkan untuk menjadi penyampai radio di sebuah stesen.
Baru-baru ini, seorang lelaki dengan nama pengguna Asad Shan ada memuat naik video parodi itu di laman Twitter dan tag akaun Shah Rukh Khan, Kajol dan juga penerbit, Karan Johar.
Video yang sangat menghiburkan itu mencuri perhatian Shah Rukh Khan sehingga aktor terkenal itu quote tweet kenyataan tersebut.
Nampaknya Shah Rukh Khan pun enjoy dengan video itu dan tertarik dengan reaksi bersahaja suaminya, Mohd Hafizi Marzuki yang sedang memandu itu.
Amira mendapat tahu tentang berita tersebut menerusi peminat-peminatnya di Facebook ketika sedang bertugas.
“Saya sedang bertugas di konti dan terus menghubungi suami untuk berkongsi berita gembira itu.
“Seperti yang anda lihat di video itu, suami saya masih tiada perasaan dan coolsahaja,” katanya dipetik laporan mStar Online.
Dek kerana keterujaannya, Amira turut berkongsikan tweet gembira itu di laman Facebook dan sempat berseloroh supaya Shah Rukh Khan sudi untuk berduet denggannya dan mengambilnya berlakon.
“Tolong pertimbangkan saya sebagai heroin untuk filem anda yang seterusnya,”seloroh Amira di laman Facebook.
Mungkin inilah yang dikatakan rezeki terpijak. Sekurang-kurangnya aktor Bollywood itu menyedari kewujudan Kak Girl.
Wanita yang menetap di Johor Bahru ini juga pernah memenangi pertandingan lip-sync yang pernah dianjurkan oleh sebuah stesen radio tempatan pada tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim
No comments:
Write comments