SINGAPURA – Presiden Persekutuan Bina Badan dan Sukan Fizikal Dunia Singapura Pradip Subramaniam meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada Sabtu, demikian menurut Asia Fighting Championship (AFC).
Dalam satu kenyataan awal pagi pagi ini, AFC berkata Subramaniam meninggal dunia pada 9 malam.
“Kami sentiasa berhubung dengan kakitangan perubatan di hospital bagi memastikan punca kematian,” kata AFC.
Sementara itu, Channel News Asia (CNA) melaporkan Subramaniam, 32, meninggal dunia selepas menyertai perlawanan tinju menentang personaliti YouTube, Steven Lim di Marina Bay Sands pada awal malam Sabtu.
Menurut laporan itu, Lim, 41, memenangi perlawanan tersebut menerusi ‘knockout’ teknikal.
CNA turut melaporkan Subramaniam menggantikan bekas peserta Singapore Idol, penyanyi Sylvester Sim yang menarik diri daripada perlawanan disebabkan isu insurans.
Dalam catatan Facebooknya, Lim mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.
“Ini saat yang menyedihkan buat saya apabila mengetahui tentang berita yang memeranjatkan itu! Anda ajar kami semua tentang nilai keberanian dan kekuatan serta kepentingan gaya hidup sihat dan cergas. Salam takziah kepada anda, anda memang hero kami,” kata Lim.
Sementara itu, AFC berkata projek Subramiam, AFC Physique Championships yang dijadualkan hari ini akan dibatalkan sebagai tanda penghormatan. – BERNAMA
No comments:
Write comments