BANGI – Seorang lelaki meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika sedang bermain golf di sebuah kelab golf di di sini, tengah hari tadi.
Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 1 tengah hari itu, mangsa yang berusia 52 tahun tiba-tiba jatuh pengsan ketika sedang bermain.
Beberapa pekerja kelab yang melihat kejadian itu, segera menghampiri mangsa untuk menghulur bantuan termasuk memberi bantuan penafasan sebelum menghubungi sebuah pusat perubatan di Bandar Baru Bangi.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Dzaffir Mohd Yussof berkata, mangsa dipercayai mengalami sakit jantung sebelum tiba di pusat perubatan.
Hasil bedah siasat mendapati tiada unsur jenayah dan tiada sebarang kecederaan fizikal pada mayat mangsa. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments