EMAN Ahmed Abd El Aty, yang digelar wanita paling gemuk di dunia, telah meninggal dunia di hospital pada usia 37 tahun.
Dia yang berasal dari Iskandarian, Mesir, sebelum ini mengejutkan ramai dengan berat 498kg. Eman kemudiannya menjalani pembedahan di Mumbai pada awal tahun ini.
Menurut doktor, Eman yang dimasukkan ke hospital di Abu Dhabi, meninggal dunia akibat komplikasi dari berat badannya termasuk penyakit jantung dan kegagalan buah pinggang.
Ketika dirawat di Mumbai, Eman telah berjaya mengurangkan 299kg beratnya. Keluarga Eman memaklumkan dia mula menjadi gemuk ketika berusia 11 tahun hinggakan ketika itu Eman terpaksa merangkak.
Tidak lama kemudian dia mengalami strok cerebral hingga mengakibatkannya tidak boleh bangun. Keadaan itu menambahkan lagi berat badannya.
Hanya selepas keluarganya membuat rayuan, barulah doktor di Mumbai menawarkan untuk merawat Eman dengan percuma.
Dia kembali ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada bulan Mei lalu dan dirawat di hospital Burjeel. Tujuan Eman dirawat di situ adalah supaya pemantauan dapat dijalankan ke atasnya. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments