PANAS, panas, panas! Baru saja berlalu kontroversi pihak ketiga berkaitan video Fathia Latif, sekarang ni giliran Janna Nick pula menjadi mangsa rakan baiknya sendiri.
Semalam agak kecoh di media sosial apabila Mendoza iaitu rakan baik Janna sendiri telah memuat naik insta story yang tidak sepatutnya dilakukan ketika berada di set penggambaran.
Janna menerusi posting Instagram miliknya telah meminta para netizen agar tidak mengaitkan isu itu dengan ibu bapanya yang tidak tahu menahu mengenai scenetersebut.
Nurul Janna Muner, 22, berkata bahawa dia dengan terbuka hati telah menerima segala pendapat dan kritikan daripada semua orang dengan hati yang terbuka.
Cuma dia kurang senang dengan sesetengah netizen yang telah mengaitkan ibu bapanya dalam hal ini.
“Ruangan kecaman, nasihat, pujian, kritikan, luahan perasaan, masalah rumah tangga, berniaga, tinggi langsing, vitamin kurus gemok, bengkung sajat disediakan… sila kecam tanpa melibatkan hentaman ke atas mak dan ayah..”
“Bahasa kesat dibenarkan, semua di benarkan kecuali caci maki ke atas keluarga saya,” tulis Janna ni ruangan kapsyen gambar yang dimuat naik pada malam semalam.
Tidak dinafikan bahawa ramai penonton telah kecewa dengan scene itu dan menganggap ianya kurang sesuai untuk golongan muda.
“Segalanya diterima dgn hati yang terbuka atas kesilapan kerana berkelakuan tidak senonoh seperti gambar di atas walaupun tiada melibatkan sentuhan kulit…terima kasih saya ucapkan atas sifat prihatin dan kasih sayang anda kepada saya,” ujarnya lagi.
Selaku tukang merakam, Fara Mendoza telah membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram miliknya. Biasalah, bila dah buat salah, mesti la kena mengaku. Siapa suruh pandai-pandai up insta story macam tu kan.
Tak semena Janna dan semua krew production juga terbabit sama. Lain kali duduk diam-diam je, jangan gatal tangan nak record itu ini.
“Di sini Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak di sebabkan instastory saya itu, saya tiada niat pun untuk melukakan hati sesiapa, menjatuhkan sesiapa or menyentuh hati sesiapa.”
“Dengan rasa rendah diri saya mohon maaf atas kesilapan itu dan saya mengakui ianya dari kesilapan khilaf saya yang tidak sengaja, harap selepas ni tiada yang cuba membesarkan lagi hal ini. Saya hanya manusia biasa yang tidak lari dari membuat kesilapan,” tambhanya lagi di bahagian kapsyen gambar tersebut.
Bagi pengarah drama Coffee Prince itu sendiri, Michale Ang juiga dikatakan tidak mengetahui bahawa scene itu telah tular di media sosial angkara pihak ketiga.
Selama ini memang kita tengok Micheal ni sebagai seorang pengarah yang sportingdan happening. Tapi bila dah jadi perkara macam ni, siapa yang boleh chill kan.
“Babak tersebut dirakam oleh Fara dan bukannya kru produksi yang sebarkan.”
“Fara tidak berlakon dalam drama ini, dia hanya datang melawat Janna di set penggambaran.”
“Kalau saya tahu dia nak rakam, pasti saya dah halang,” katanya ketika dihubungi pihak mStar Online.
Selain itu, Michael sangat kecewa dan kesal kerana adegan itu telah di salah anggap oleh masyarakat luar. Jika dilihat dengan teliti, kedudukan kamera Fara itu yang telah membuatkan seperti Janna dan Fattah bercium. Tetapi hakikatnya tidak langsung acene sentuh pipi atau bibir. be
“Sebenarnya tak ada babak bercium pun, malah mereka tidak bersentuhan langsung.”
“Kedudukan wajah Fattah di kanan dan Janna di kiri seolah menampakkan mereka sedang bercium. Saya masih waras dan tidak mungkin mewujudkan aksi yang boleh mengundang kontroversi dalam drama arahan saya,” katanya lagi.
Seperti yang semua tahu, Michael merupakan seorang pengarah yang tershohor di negara kita. Jadi dalam setiap babak yang diarahka olehnya pasti telah dikaji terlebih dahulu supaya ianya sesuai dengan penerimaan masyarakat Malaysia.
Selepas sudah jadi perkara seperti ini, Michael akan lebih berhati-hati dan akan sentiasa mengingatkan kepada para pelakon agar tidak memuat naik sebarang rakaman sepanjang penggambaran dijalankan.
“Selepas ini, tak kira pelakon atau kru, saya tak benarkan mereka merakam adegan sepanjang penggambaran.”
“Tak mahu lagi orang salah faham dan hilang kejutan kerana penonton sudah tahu aksi dalam drama tersebut,” tambahnya lagi.
Sebabkan orang lain, pelakon dan pengarah pula yang terkena tempias. Kenapalah sesetengah artis baharu ni susah sangat nak dengar cakap? Yang mereka tahu nak naikkan nama dengan cara mudah sahaja!
Andai kata Fara tidak memuat naik insta story tersebut, pasti semua krew tidak akan terkena tempias seperti ini. Panas betul drama Coffee Prince ni. Belum ditayangkan pun dah banyak kontroversi melanda.
Drama ini dikatakan bakal ditayangkan pada bulan November depan di saluran Astro Ria. Para pelakon yang telah menjayakan drama itu ialah seperti Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Daiyan Trisha, Syarifah Syahirah dan ramai lagi. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah
No comments:
Write comments