SEORANG lelaki diserahkan kepada pihak berkuasa setelah berjaya diberkas oleh orang awam selepas menerima aduan tentang tindakannya cubaan merogol seorang pelajar sekolah menengah.
Insiden yang dipercayai berlaku di salah sebuah daerah di Indonesia itu bermula ketika mangsa dalam perjalanan pulang kerumah selepas kelas tambahan.
Menurut mangsa yang dikenali sebagai Miera berkata disebabkan jarak dari sekolah ke rumahnya agak jauh, dia terpaksa mengambil jalan pintas dengan melalui sebuah ladang.
Sewaktu dalam perjalanan, mangsa telah dihalang oleh seorang lelaki yang dipercayai mabuk sebelum diheret ke salah sebuah pondok berhampiran dengan Kampung Deli Medan.
Jelas mangsa, ketika kejadian dia cuba melawan dengan cara meronta-ronta bagi mengelakkan daripada dirogol oleh suspek.
Akibat daripada rengekan dan rontaan mangsa, nafsu suspek dikatakan semakin membuak-buak sehingga mengakibatkan dia ‘pancut’ lebih awal sebelum sempat merogol gadis berkenaan.
Akibat tidak dapat merogol mangsa, suspek mengambil tindakan kasar dengan memukul dan kemudian mengugut pelajar berkenaan agar menyerahkan sejumlah wang sebelum meninggalkannya berseorangan di pondok berkenaan.
Mangsa yang dalam keadaan ketakutan, bergegas meminta pertolongan daripada orang awam di kawasan tersebut sebelum suspek berjaya ditangkap.
Suspek bagaimana pun sempat dibelasah sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.
Sementara itu, menurut laporan polis Deli Medan, AKP Mohd Amin memberitahu mangsa mengalami kecederaan pada bahagian muka dan punggung. Kini, telah di bawa ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments