MENJADI satu kesalahan besar apabila orang beragama Islam yang bukan pasangan sah berdua-duaan di tempat sunyi. Sebab itulah orang kata kalau berdua pasti ada yang ‘ketiga’.
Baru-baru ini tular satu video di laman sosial tentang reaksi seorang wanita yang ditangkap selepas dipercayai melakukan perbuatan terkutuk bersama dengan teman lelakinya di dalam sebuah kereta.
Menerusi video yang berdurasi 29 saat itu, seorang wanita kelihatan menjerit-jerit memberontak apabila orang ramai menyuruhnya keluar selepas perbuatannya terbongkar.
Khabarnya, wanita tersebut merupakan seorang mahasiswi di sebuah kolej terkemuka di Palembang. Menurut sumber, kejadian terkutuk ini berlaku di tempat letak kereta kolej berkenaan.
Wanita itu kemudiannya menjerit-jerit sambil menutup mukanya dengan baju apabila dipaksa keluar dari kereta oleh orang ramai.
Mungkin wanita itu malu kerana perbuatannya dapat dihidu oleh orang yang berada di kawasan berkenaan. Tetapi, tidak pula kelihatan teman lelakinya dalam video tersebut.
Menurut saksi, kejadian terkutuk tersebut dapat dihidu apabila mereka merasakan ada sesuatu yang aneh sedang berlaku kerana kereta berkenaan bergoyang-goyang.
Walau bagaimanapun, laporan polis telah dibuat dan kedua-duanya sudah ditahan dengan bantuan orang ramai.
Rasa-rasanya perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku lagi-lagi di negara yang penduduknya majoriti beragama Islam.
Sebagai seorang wanita dan juga pelajar universiti, wanita tersebut seharusnya lebih bijak dalam melakukan sesuatu perkara.
Diharapkan perkara sebegini tidak terjadi di negara kita. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments