Tuesday 13 June 2017

PapaGomo tuduh pemimpin Sarawak bodoh, samseng..


KUCHING: Blogger PapaGomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris, 33 tahun, yang pernah dihalang masuk Sarawak pada Mei tahun lalu, hari ini tampil membela rakan baiknya, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz, dengan menyatakan pemimpin Sarawak bodoh.

“Pendapat saya selaku orang Semenanjung, adalah diminta mulut-mulut lancang dari Sarawak jangan berlebih-lebihan menghina orang Semenanjung.

“Dalam Parlimen telah dipersetujui akan cukai hotel, dalam mesyuarat kabinet juga ia telah dipersetujui.

“Jadi bagaimana pula keluar kenyataan bodoh dari beberapa pemimpin Sarawak yang menghentam Nazri Aziz.

Katanya, macam-macam yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk Sarawak.


“Malah permintaan pemimpin Barisan Nasional Sarawak ditunaikan oleh PM termasuklah lebuh raya Pan Borneo yang dimiliki Tan Seri Bustari Yusuf, abang kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusuf.

“Isu ini sebenarnya boleh diselesaikan dengan baik dan Tan Sri Bustari yang memonopoli segala macam benda di Sarawak wajar untuk menasihati pemimpin kerajaan Sarawak agar berhenti daripada bergaduh dengan pemimpin dari Semenanjung.

Tan Sri Bustari katanya, jangan hanya pandai meminta itu dan ini dari Dato Seri Najib Razak tetapi gagal dalam mengurus tadbir pemimpin Sarawak untuk menghormati Perdana Menteri.

Dakwanya lagi, masyarakat Melayu-Melanau Sarawak yang hanya 28 peratus di negeri ini berjaya memerintah Sarawak kerana ihsan “kekuatan Melayu Semenanjung!”.

“Jadi jangan samseng sangat!” katanya. – Sarawakvoice

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments