PENYANYI Katy Perry baru-baru ini dalam program bual bicara lewat malam, The Late Late Show with James Corden membongkarkan tahap prestasi seks ketiga-tiga bekas teman lelakinya.
Katy ditanya James secara spontan mengenai tahap prestasi ketiga-tiga bekas kekasihnya iaitu selebriti ternama seperti John Mayer, Diplo dan Orlando Bloom ketika beraksi di atas ranjang dan diminta untuk memberikan daripada prestasi terburuk hingga terbaik.
Kelihatan sukar untuk memberikan jawapan pada mulanya, namun Katy akhirnya mengakui John Mayer merupakan bekas kekasih yang paling memberikan kepuasan kepadanya daripada segi seks ketika mereka berpasangan.
Orlando berada di belakang John manakala Diplo yang paling kurang memberikan kepuasan buat penyanyi lagu Bon Appetit itu.
Katy berpacaran ‘on and off’ dengan John dari tahun 2012 hingga 2015, manakala dengan rapper Diplo beberapa bulan pada tahun 2014 dan Orlando tersenarai sebagai bekas kekasih terbaharu Katy apabila mereka dilaporkan putus cinta awal tahun ini. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments