SUDAH menjadi kebiasaan kepada para ibu mengimpikan proses bersalin menjadi sesuatu yang tenang dan dalam persekitaran yang baik.
Namun, lain pula bagi wanita ini. Sudahlah melahirkan anaknya di tepi jalan, dengan keadaan berdiri pula tu! Pelik kan?
Insiden ini dikhabarkan berlaku di sebuah pasar dekat Yunfu, China.
Namun, tiba-tiba dia membongkok dan air ketubannya pecah. Beberapa saat kemudiaan, bayinya pula dilahirkan dalam keadaan ibu itu masih berdiri!
Orang ramai yang berada di sekitar kawasan tersebut terkejut dan hanya mampu melihat wanita itu melahirkan bayi tersebut sebelum beberapa orang wanita tiba memberikan bantuan.
Apabila mendapati bayi itu terbaring di atas jalan, mereka mengangkat bayi tersebut dan membantu ibu tersebut ke tepi jalan sebelum menghubungi ambulans.
Bayi berkenaan kemudiannya dibersihkan dan diperiksa oleh jururawat yang bertugas sebelum wanita itu mengambil anaknya semula.
Apa yang lebih memeranjatkan lagi adalah, wanita berkenaan boleh menyambung semula perjalanannya pulang ke rumah berjalan kaki sambil mengendong bayi yang baru dilahirkan!
Seperti tiada apa yang terjadi, dia hanya berjalan dengan pakaiannya yang dipenuhi darah sambil memegang plastik berisi barang belanjanya.
Ada yang menyatakan jururawat itu mahu membawa dia dan bayinya ke hospital namun dia enggan dan berkeras mahu pulang ke rumah, serta memberi alasan mahu jimatkan wang.
Rakaman insiden ini menjadi tular dalam kalangan rakyat di negara itu. Tetapi, pelik juga ya bagaimana wanita ini masih bertenaga berjalan kaki selepas proses kelahiran itu berlaku. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim
No comments:
Write comments