SEORANG budak samseng telah mengejutkan ramai apabila dia melepaskan tembakan ke atas rakan sekelasnya dengan menggunakan senapang patah yang disimpan dalam begnya.
Mangsa kemudiannya jatuh di atas lantai manakala budak samseng itu dan seorang lagi rakannya melarikan diri.
Kejadian itu berlaku di Institut Latihan Industri di Sonipat, India melibatkan pelajar yang terlibat berusia antara 16 tahun dan 17 tahun.
Kedua-duanya dikatakan menyeludup masuk senapang patah itu dalam beg sekolahnya dan melepaskan tembakan di hadapan berpuluh rakan sekelasnya.
Kejadian berlaku selepas dua hari mangsa dan suspek bergaduh.
Usaha memburu suspek kini dijalankan dan kejadian yang dirakamkan menerusi kamera CCTV telah ditularkan.
Mangsa kini dilaporkan dalam keadaan kritikal. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments