MAUT akibat mahu cantik. Seorang ibu, meninggal dunia, beberapa hari sebelum menyambut hari lahirnya yang ke-32 berpunca daripada suntikan membesarkan punggung.
Latesha Bynum, meninggal dunia selepas hampir dua minggu terpaksa bergantung kepada mesin sokongan hayat di hospital.
“Anak saya dibunuh,’’ kata ibunya, Bertie Bynum, 51, yang kecewa dengan kejadian terbabit.
Dia menjalani suntikan tersebut di sebuah klinik di Manhattan. Selepas menerima suntikan terbabit, Bynum dilaporkan mula mengalami pening dan sakit dada.
Bynum dikejarkan ke hospital namun disahkan mengalami mati otak dan terpaksa bergantung kepada mesin sokongan hayat. Mesin itu telah dimatikan pada Khamis lalu, iaitu tiga hari sebelum sambutan hari lahirnya .
Menurut adiknya, Tymel Bynum, 26, kaki Bynum bertukar menjadi biru sebaik sahaja prosedur suntikan terbabit berakhir.
Susulan itu peguam keluarga berkenaan mahu tindakan diambil terhadap klinik tersebut dan mereka juga ingin tahu sama ada ia mempunyai lesen untuk beroperasi. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments