Wednesday, 23 August 2017

'Kalau Betul Sayang Joy, Tak Timbul Masalah' – Ray


BARANG yang lepas, usahlah dikenang. Tiba-tiba hari ini bekas suami Joy Revfa iaitu Datuk Ray Imran bersuara pula tentang keraguan terhadap niat Hafiz Hamidun memanjangkan isu perkahwinan mereka.

Kata Ray, dia berpendapat terdapat motif yang disembunyikan oleh penyanyi itu dan jika dia menyayangi isterinya perkara ini tidak akan timbul.

“Saya terkejut, apa motif Hafiz yang masih memanjangkan isu ini. Kalau betul dia sayang Joy, perkara ini tidak akan timbul.

“Saya rasa ada sebab lain yang cuba diselindung Hafiz,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Kata Ray lagi, mengapa Hafiz perlu ragu-ragu dengan perkahwinannya sedangkan dia dan Joy berbulan madu sambil menjayakan program terbitan syarikat televisyen (TV) swasta di Taiwan, baru-baru ini.

“Sudah pergi berbulan madu di Taiwan, kenapa ragu-ragu? Jika benarlah Joy tidak pandai memberikan kerjasama menyelesaikan masalah, dia sebagai suami perlu bertindak lebih matang.

“Biasalah perempuan kalau rasa diabaikan, mereka beremosi,” katanya.

Dalam pada itu Ray turut kesal dirinya terpalit dalam kontroversi itu sedangkan dia sudah memberi kerjasama sebelum pasangan itu bernikah, Mei lalu.

“Apa-apapun, saya akan beri kerjasama kepada bekas isteri dan mahkamah untuk mengelak fitnah dan spekulasi,” katanya.

Terdahulu, pada sidang media, Hafiz mendakwa Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin masih dalam ikatan perkahwinan dengan Ray pada hari mereka dinikahkan pada 1 Mei lalu. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments