BEBERAPA hari lepas tular di laman sosial satu rakaman video memaparkan pergelutan antara dua orang lelaki dengan seorang wanita di sebuah kompleks beli belah di Kota Kinabalu, Sabah.
Rakaman menerusi kamera litar tertutup dengan berdurasi 1 minit 28 saat itu menunjukkan seorang wanita yang juga merupakan pekerja di kompleks beli belah itu telah dikasari dan ditumbuk oleh dua orang lelaki.
Akibat berang dengan apa yang terjadi, Samli Sani, suami mangsa telah meminta sebuah page Facebook untuk menularkan kejadian tersebut demi mencari kedua-dua lelaki berkenaan.
Menurut posting tersebut, isterinya telah ditumbuk dan dikasari oleh lelaki-lelaki berkenaan. Laporan polis juga sudah dibuat pada hari yang sama kejadian itu berlaku.
Namun, setelah dua hari isu ini menjadi tular, sekali lagi Samli memuat naik satu posting di Facebooknya menyatakan hal tersebut telah selesai dan memohon maaf atas ‘kekecohan’ yang dibuat di laman sosial berkenaan.
Menurutnya, posting itu bukanlah untuk mengaibkan mereka tetapi untuk berjumpa dengan dua lelaki berkenaan untuk berbincang dan menyelesaikan masalah tersebut.
Mujur, isu ini dapat diselesaikan dengan baik apabila kedua-duanya iaitu Hilman dan Tarmizi terlebih dahulu memohon maaf dan mengakui kesalahan mereka.
Mereka turut menjelaskan kejadian yang berlaku adalah salah faham antaranya dengan mangsa dan menyatakan perkara tersebut sudah diselesaikan dengan kerelaan kedua-dua belah pihak.
Diharapkan perkara seperti ini tidak akan terjadi lagi pada masa akan datang. Tak kiralah besar macam mana sekali masalah itu, ianya tetap tidak boleh diselesaikan dengan kekasaran. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim
1 comment:
Write commentsEver wanted to get free Twitter Followers?
ReplyDeleteDid you know you can get them ON AUTOPILOT & TOTALLY FREE by getting an account on Like 4 Like?