Thursday, 24 August 2017

Tunjuk Bukti Kalau Betul Saya Gay – Hafiz Hamidun


HANYA disebabkan pendedahannya mengatakan tidak pernah melakukan hubungan kelamin dengan isterinya, penyanyi Hafiz Hamidun telah disalah anggap sebagai seorang yang meminati kaum sejenis.

Walaupun dituduh sedemikian bekas penyanyi nasyid itu tidak cepat melatah sebaliknya meminta bukti kepada mana-mana pihak yang menuduhnya gay.

“Kalau ada pihak yang buat tuduhan seperti itu dan melabelkan saya dengan gelaran tersebut, dia perlu bertanggungjawab dan kemukakan bukti. Jika berlakunya unsur-unsur yang tidak tepat, saya anggap itu fitnah. Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan atau saman,” katanya memetik portal Astro Gempak.

Isu Hafiz dilabel gaya bertitik tolak daripada kenyataannya mengatakan masih belum menyentuh isterinya, berlawanan dengan kenyataan isterinya, Joy Revfa yang mengatakan mereka sudah melakukan hubungan kelamin ketika berbulan madu di Taipei, Taiwan selepas seminggu mereka diijab kabulkan pada 1 Mei lalu.

Kisah perkahwinan Hafiz dan Joy menjadi kontroversi selepas wanita itu disahkan masih lagi bergelar isteri orang ketika mengahwini penyanyi yang popular dengan album Zikir Terapi itu.

Menurut Hafiz lagi, disebabkan dia berasa ragu-ragu dengan status Joy menyebabkannya langsung tidak menyentuh wanita tersebut sepanjang mereka duduk bersama.

Joy telah memfailkan permohonan pembubaran perkahwinan pada Jumaat lalu selepas meragui perkahwinan mereka.

Permohonan itu dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Subang Bestari.

Joy Revfa pernah berkahwin sebelum ini dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments