Friday, 25 August 2017

Ops! Ini Doktor Atau Opera Wayang Cina?


BEIJING – Doktor lazimnya dikaitkan dengan pemakaian baju kemas dan berjaket putih, namun kisah doktor di China ini agak unik apabila mengenakan pakaian yang luar biasa menariknya.

Dr. Bai Shufang, seorang doktor di hospital vitiligo di sini, mengenakan serba serbi pakaian yang seperti watak opera wayang Cina, siap dengan mekap terperinci sebagai satu cara membuat para pesakit beliau berasa tenang!

Selepas perasan ramai pesakit sukar menceritakan keadaan mereka, yang menjejaskan dirinya memberikan rawatan terbaik, Dr. Bai mengambil keputusan untuk membantu mereka dengan membawa watak yang jauh berbeza.

Ramai orang ujarnya, didapati berasa kurang selesa dan cemas bertemu dengan doktor, jadi beliau rasa dengan mengubah pesonanya secara drastik, beliau dapat membantu mereka berasa tenang.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Dr. Bai meluangkan sekitar satu jam untuk menjadi watak wayang Cina dengan mengenakan mekap tradisional yang tebal, menurut laman berita Oddity Central.


Gambar-gambar Dr. Bai dengan mukanya bermekap tebal menerima pelbagai reaksi di media sosial China. Ada yang memuji usahanya untuk buat pesakit berasa tenang, namun ada juga yang mempersoalkan keberkesanannya.

Meskipun mendapat komen yang negatif, Dr Bai masih berdiri dengan keputusan itu kerana mendakwa beliau sudah dapat melihat hasilnya – pesakit vitiligo beliau lebih tenang dan terbuka kepadanya.

Oddity Central juga melaporkan bahawa Dr. Bai mempunyai sokongan pengurus hospital berkenaan, yang percaya bahawa cara berkenaan ada kesan positif terhadap para pesakit sendiri.

Dr. Bai dilaporkan terpaksa mengambil masa sejam untuk memakai mekap tebal dan lagi kira-kira sejam untuk membersihkan wajahnya pula selepas selesai bekerja.

Mekap yang tebal itu sudah mula menjejas kulitnya tetapi beliau mengatakan pengorbanan kecil ini berbaloi jika ia membantu para pesakitnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments