GARA-GARA dikatakan teruk ketika melakukan seks, seorang lelaki yang tidak dapat menerima hakikat berkenaan telah mengelar wanita berkenaan selepas mereka menghabiskan masa bersama di sebuah kebun getah.
Lelaki itu, Natthan Raknui, mengakui telah membunuh Jiraporn Theppaya, 22, tahun, selepas pertama kali melakukan seks.
Raknui, 23, mengaku mengelar leher wanita itu lalu membuang mayatnya di sebuah kilang di Songkhla, Selatan Thailand.
Mereka baru berkenalan menerusi Facebook dua minggu lalu dan kemudiannya bersetuju untuk bertemu.
Raknui dikatakan menunggang motorsikal selama dua jam untuk bertemu Jiraporn dan disebabkan tidak ada duit untuk menyewa hotel, maka mereka hanya ke kebuh getah berhampiran.
Mayat Jiraporn hanya ditemui tiga hari kemudian. Raknui kini dalam lokap. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments