DANA Vulin sedang tidur di rumahnya sendirian, di atas sofa apabila dia dikejutkan oleh suara seorang wanita di dalam bilik itu.
“Hell, Dana,” katanya. Rupa-rupanya, wanita itu adalah Natalie Dimitrovska, isteri kepada lelaki yang baru ditemui oleh Dana, sebulan yang lalu.
Natalie menuduh Dana mengadakan hubungan sulit dengan suaminya dan dia kemudiannya mencurahkan botol asid ke atas Dana.
“Saya rasa seperti terbakar. Saya jadi bola api manusia,” katanya ketika memberikan keterangan di mahkamah dan tarikh 16 Februari 2012 itu tidak akan dilupakan seumur hidupnya.
Ia menyebabkan Dana mengalami lecur di dua pertiga bahagian badan, dari kepala hingga ke kaki.
Menceritakan mengenai kejadian itu, Dana, yang menetap di Australia, menemui suami Natalie, Edin pada malam tahun baru dan kemudiannya bertemu sekali lagi selepas itu.
Pada masa sama, Natalie pula percaya Dana cuba mencuri suaminya dan dia telah menghantar mesej mengancam untuk `mengajar’ Dana,
Akibat simbahan asid itu, Dana terpaksa diberikan ubat untuk koma dan selepas itu terpaksa memakai topeng muka dan badan selama 23 jam sehari dalam tempoh dua tahun untuk menyembuhkan kulitnya.
Sementara Natalie pula dihukum penjara 17 tahun.
Dana juga terpaksa menjalani 30 pembedahan untuk membetulkan wajahnya. Wajahnya kini semakin sembuh dan dia tidak lagi memakai topeng muka namun menyedihkan Dana disahkan menghidap kanser pangkal rahim.
“Adakalanya saya terfikir berapa banyak yang saya perlu tanggung?” katanya yang telah menjalani pembedahan untuk membuang sel kanser berkenaan dan disahkan bebas dari penyakit itu.
Dana kini menjalani kehidupannya dengan sihat dan berharap dapat bertemu seorang lelaki yang boleh menerimanya. Pengalaman hitam itu dibukukan oleh Dana dalam buku bertajuk `Worth Fighting For’. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments