SEPASANG suami isteri dari Utah, telah didakwa menganiaya anak angkat mereka dengan mengurungnya dalam bilik gelap bawah tanah serta memberinya makan lobak hinggakan kulitnya bertukar menjadi oren.
Bilik bawah tanah berukuran 10 x 10 kaki itu tidak mempunyai tandas. Clarissa Anne Tobiasson, 27, dan suaminya, Brett Tobiasson, 31, disyaki sengaja mendera kanak-kanak berusia lima tahun itu.
Penahanan mereka dibuat selepas siasatan dijalankan sejak berbulan-bulan lalu.
Bilik itu pula diikat dari luar dan disambung ke pintu lain. Kanak-kanan itu dikunci di dalam bilik berkenaan mulai 6 pagi hingga 6 pagi keesokan.
“Kanak-kanak itu diberi makan lobak merah setiap kali makanan dan jika dia tidak menghabiskan makanan itu dalam masa yang diberikan, dia tidak akan diberikan makan lagi untuk seharian,’’ kata pihak berkuasa.
Pada satu masa, pasangan itu didakwa menghukum anak angkat mereka hanya kerana makan sampel makanan di pasar raya.
Hukuman itu dilakukan disebabkan kanak-kanak itu tahu dia hanya boleh makan lobak sahaja tetapi tetap mengambil makanan lain.
Clarissa Anne juga pernah memberitahu rakannya bahawa dia memaksa kanak-kanak itu makan lobak kerana dia tahu budak itu tidak sukakannya. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments