MASIH ingat dengan pelajar pintar, Nur Amalina Che Bakri yang pernah menggegarkan negara sebagai pelajar terbaik SPM 2004 suatu masa dulu?
Gadis ini pernah menggemparkan masyarakat Malaysia ketika itu apabila mencatatkan keputusan cemerlang akademik dengan mendapat 17A1, sesuatu yang amat luar biasa.
Namun sejak kebelakangan ini, timbul kontroversi di laman Facebook, Twitter dan banyak lagi media sosial tentang perubahan drastik gadis pintar itu.
Apa tidaknya netizen dikejutkan dengan penampilan baharu imej dirinya yang dikatakan hampir menyerupai selebriti kontroversi Hollywood, Kim Kardashian.
Penampilan itu bukan sahaja dilihat mendedahkan aurat malah dianggap seksi kerana tidak bersesuaian dengan asal usul jati dirinya.
Menurut laporan sebuah portal online, Amalina didakwa sudah menanggalkan tudungnya dan semakin bersosial.
Hmmm…perubahan itu bak kata orang ramai, mungkin dia cultural shock kerana perubahan yang begitu ketara mungkin.
Tinjauan menunjukkan ada netizen yang terkejut, ada yang menyokong dan tidak kurang yang mengutuk berikutan penampilan itu dianggap tidak sesuai dengan status dirinya sebagai gadis Muslim.
Antara pencapaian Amalina yang sememangnya cukup membanggakan adalah ijazah berkembar iaitu Ijazah University Edinburgh Scotland (Ijazah Sains Biomedik dalam Farmakologi dan Ijazah perubatan).
Selain itu, dia juga merupakan pemegang Sarjana di Universiti Cambridge (Kepujian Kelas Pertama) bagi kursus translasi perubatan dan terapeutik.
Terkini, Amalina difahamkan sedang menjalani latihan di surgical trainee di The Royal College of Surgeons of England dalam bidang kanser payudara dan onkoplastik.
Gadis ini menyimpan hasrat untuk menjadi pakar bedah serta perunding kanser payudara dan onkoplastik pada masa akan datang!
Apa-apa semoga terus maju jaya ya, Dr. Amalina! – MYNEWSHUB/AmyMaizura
No comments:
Write comments