WANITA ini, Ashley Denise Attson, 23, sepatutnya dihukum mati. Namun dia bernasib baik kerana hanya dijatuhi hukuman penjara 20 tahun sahaja.
Ashley adalah seorang wanita yang tidak berhati perut dan kejam apabila meninggalkan bayinya yang berusia 17 bulan di dalam kereta sorong bayi di tengah gurun di Navajo Nation dan membiarkannya meninggal dunia.
Navajo Nation merupakan wilayah penduduk pribumi dan merupakan sebahagian daripada Arizona, Utah serta New Mexico.
Kejadian itu berlaku pada September tahun lepas. Dia meninggalkan anak perempuannya itu selama empat hari sebelum mencari semula mayat mangsa dan menanamnya di dalam lubang haiwan.
Beberapa hari selepas itu, dia bertemu dengan rakan-rakannya dan memuatnaik gambar dia bergembira bersama mereka di dalam Facebook tanpa sedikit pun rasa bersalah dan berdosa.
Mengikut laporan doktor, bayi itu dilahirkan dengan sistem dalam badannya dicemari dengan dadah jenis methamphetamine.
Dia diletakkan di bawah jagaan jabatan kebajikan tetapi dua bulan sebelum kematiannya, Ashley telah memperolehi hak jagaan ke atas anaknya itu. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments