HANYA kerana bergaduh dengan ibunya, seorang remaja berusia 13 tahun mengambil jalan singkat dengan menggantung diri dalam bilik tidur.
Chloe Morris, 13, dari Bristol, ditemui mati oleh bapa tirinya, Anthony, selepas beberapa jam bergaduh dengan ibunya. Meskipun pasukan paramedic cuba melakukan CPR, namun dia gagal diselamatkan.
Bagaimanapun polis memaklumkan punca dia membunuh diri tidak jelas walaupun dikatakan bergaduh dengan ibunya.
Manakala laporan dari doktornya, Dr Saras Hosdurga memaklumkan tiada tanda-tanda remaja itu mengalami masalah mental.
Perkara itu didedahkan dalam inkues yang diadakan hari ini. Menurut rakan sekolahnya, Chloe amat popular dan merupakan pelajar yang cemerlang di sekolah.
“Dia menang anugerah dan selalu gelak ketawa dengan rakan-rakan,’’ kata guru besarnya, Keziah Featherstone. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments