Thursday, 31 August 2017

Model Muslimah Dikecam Konon Minta Simpati


ADA yang ingat lagi dengan gadis yang bernama Syasya Solero? Alahhh… Yang buat video tunjuk mata dia sambil sebut ‘macam comel je, macam cantik je, macam comel je.”

Siti Syasya Rosaelmi Ahmad atau lebih dikenali sebagai Asyalliee, sekali lagi namanya naik kerana isu menciplak design Leeyanarahman yang juga merupakan pendorong utama membawa Asya ke dunia peragaan.

Asya sebenarnya telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Eboy, pada bulan Februari yang lalu. Tapi bukan itu yang kita nak cerita.

Ceritanya sekarang, Asya sekali lagi dikecam kerana tindakan ‘pendek akalnya’ kerana berpura-pura yang kononnya dia sudah ketiadaan wang untuk makan!



Benda macam tu pun boleh buat main ke? Followers yang follow Instagram Asya ramai yang terkejut dan ada yang sangat risaukan keadaan Asya.

Maklumlah, sebelum ni waktu sambutan hari jadinya, suaminya, Eboy ada membuat kejutan dengan membelikan sebuah kereta BMW untuk Asya.


Eh… Hari ni katanya tak ada duit pula nak makan? Sampai konon sanggup nak jual barang makeup mahalnya dan set permainan game PS4 milik suaminya yang dihadiahkan olehnya.

End up, dia up satu insta story yang katanya dia cuma bergurau. Dan kononnya ada haters dia yang suka kerana dia ‘sedang susah’ sampai dalam akaun cuma ada RM50 sahaja untuk makan!

Amboi, kalau ya pun nak publicity, bukan dengan cara kurang akal macam ni. Bila dah kena kecam, mula lah depression pula. Lagi-lagi Asya sekarang sedang mengandung kan.

Tapi, dia sendiri yang buat dirinya kena kecam dengan netizen. Jadi, nak salahkan siapa pula?




Tengok saja di ruangan komen Instagramnya. Macam-macam cemuhan diterima oleh netizen yang bengang dengan berita palsu minta simpatinya tu. Haihh Asya… Apa lah nak jadi ni?

Lain kali fikir lah dulu sebelum buat sesuatu. Awak tu bukannya tak ada yang kenal. Malah, wajah dia bersepah jadi model Muslimah. Tapi, buat pula benda kurang akal macam ni.

Apa pun, semoga lepas ni perkara ni akan jadi pengajaran buat Asya sendiri yang tak semua benda boleh di bawak bergurau. Takut je nanti Allah turunkan ujian sampai tak ada duit betul-betul.

Waktu tu, minta tolong pun takkan ada orang yang nak layan. Orang pun dah malas nak percaya cerita karut awak tu.

Mengnai isu ciplak design dengan jenama LeeyanaRahman, Asya dikatakan telah ‘tikam belakang’ pihak LeeyanaRahman.

Sebelum ni Asya merupakan duta pakaian rekaan LeeyanaRahman. Tapi, tiba-tiba saja Asya mengeluarkan jenamanya sendiri yang diberi nama Asyalliee.bysyasyahabib.

Kalau setakat keluar jenama sendiri tu tak apa, ini pula dia ciplak design LeeyanaRahman! Sebijik pula tu. Tapi perkara tu sudahpun disedari oleh pemilik LeeyanaRahman sendiri iaitu Leeyana Rahman.

Leeyana ada memuat naik insta story dan posting mengenai hal tersbut yang berlaku kira-kira lepas Hari Raya Puasa baru-baru ni.

Ada yang kata tindakan undang-undang sudah pun dikenakan terhadap Asya. Tapi, isu ini sudah pun senyap begitu saja. Mungkin pihak Leeyana tak mahu perkara ini berlanjutan sehingga menjejaskan perniagaannya.

Jadi, semoga lepas ni tak ada lagi berita yang tak baik didengari daripada Asya ni ya. Ingat, sebelum nk buat apa-apa, fikir dulu. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments