Wednesday, 23 August 2017

Bunga Segar Tumbuh Di Gurun Paling Gersang


PENGUNJUNG di gurun paling gersang di dunia, Atacama, Chile terkejut apabila menemui lebih 200 spesis bunga dan fauna tumbuh segar di situ.

Keadaan itu berlaku susulan hujan lebat yang tidak dijangka semasa musim sejuk di gurun terbabit.

Kebiasaannya, pokok bunga akan tumbuh di situ sekali dalam masa enam tahun disebabkan ia tempat paling kering di dunia.

Namun kali ini, disebabkan tambahan hujan, bunga-bunga berkenaan berkembang lebih awal.

Perkembangan ini menjadikan kawasan gurun itu dikunjungi ribuan pelancong yang tidak sabar-sabar untuk melihat bunga berkenaan.

Pada masa sama, mereka juga boleh melihat gunung berapi dan bukit pasir yang membentuk landskap di kawasan gurun Atacama. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments