KEMUNCULAN maskot Sukan SEA ke-28 Singapura 2015, Nila secara tiba-tiba ke Pusat Akuatik Nasional di Bukit Jalil baru-baru ini nyata mengejutkan banyak pihak khasnya penonton tempatan.
Malah, maskot singa comel tersebut dilihat berpelukan mesra dengan si ‘Rimau’ yang merupakan maskot temasya sukan serantau edisi ke-29 kali ini menyebabkan ramai tidak lepas peluang merakamkan gambar aksi mereka.
Insiden itu berjaya mencuit hati ramai pihak termasuk apabila gambar tersebut turut dikongsi bersama oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sendiri menerusi laman akaun Twitternya.
So far #Rimau has publicly snogged Nila the Singapore 2015 mascot & gotten arrested. What else will he get up to?! @KL2017 pic.twitter.com/13cuDLwIeI— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) August 24, 2017
Gambar tersebut malahan telah menerima pelbagai reaksi positif. Ada juga yang menyifatkan ia adalah sebagai simbol perdamaian antara dua negara berjiran.
Secara kebetulan sebelum ini panas dengan kenyataan kontroversi daripada perenang pingat emas Olimpik dari republik itu, Joseph Schooling baru-baru ini memperkecilkan keupayaan perenang Malaysia.
KJ bagaimanapun dalam reaksinya meminta agar orang ramai agar tidak berlebih-lebihan mengenai perkara tersebut.
Namun, aksi Nila berpelukan dengan Rimau itu mungkin juga menunjukkan bahawa dua negara ini telah berdamai dan melupakan kontroversi berkenaan.
Gambar yang dikongsi oleh KJ tersebut secara tidak langsung telah menerima banyak sambutan daripada netizen sehingga dikongsi lebih 10,000 kicauan.
Bagaimanapun apa yang lagi mencuit hati, KJ turut menyertakan sekeping lagi gambar yang menunjukkan Rimau telah ditahan oleh polis berikutan aksi berpelukan tersebut.
Rata-rata netizen menyifatkan gambar-gambar tersebut sebagai lucu.
Hmmm… entahlah apa pula kesalahan sang belang itu sehingga ditangkap tu… – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura
No comments:
Write comments