Thursday, 24 August 2017

Indonesia Kecam Konsert Dangdut Depan Masjid


JAKARTA – Pengguna media sosial di Indonesia mengkritik satu konsert dangdut yang diadakan di pekarangan sebuah masjid di Tasikmalaya di Jawa Barat.

Beberapa gambar menunjukkan seorang penyanyi dangdut wanita beraksi di pekarangan Masjid Agung Kabupaten Tasikmalaya itu tular di Internet.

Menurut Jawa Pos, konsert itu diadakan pada Sabtu lalu sempena sambutan ulang tahun ke-385 bandar berkenaan.


Selain penyanyi dangdut itu beberapa artis termasuk Mulan Jamela turut membuat persembahan.

Dalam gambar berkenaan, seorang penyanyi dangdut dilihat membuat persembahan dengan latar belakang masjid berkenaan.

Selepas menerima banyak kritikan Datuk Bandar Tasikmalaya, Ruzhanul Ulum meminta maaf kerana menjadikan pekarangan masjid sebagai tapak konsert.

“Saya meminta maaf sekiranya tempat ini dianggap kurang sesuai. Kami terpaksa menggunakan tempat ini kerana tiada lokasi yang sesuai,” jelasnya. – Agensi/myMetro Online

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments