SUKAN SEA pada tahun ini boleh dikatakan antara yang hangat dengan kejayaan dan juga penglibatan bukan sahaja dari kalangan atlet biasa, malah dari kerabat diraja dan juga menteri.
Baru-baru ini, pelakon dan juga penyanyi dari negara seberang, Acha Septriasa ada memuat naik satu posting dengan ucapan tahniah kepada atlet Indonesia.
Kalau nak diikutkan, perkara sebegitu adalah perkara biasa. Yalah pasti selebriti juga mengagumi atlet-atlet yang mewakili negara masing-masing dalam temasya sukan antarabangsa seperti ini.
Namun, apa yang menariknya ialah atlet renang berirama Indonesia, Naima Syeeda Sharita Zainal merupakan sepupu kepada pelakon tersebut. Naima bersama rakan sepasukannya telah berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara tersebut.
Menerusi laman Instagramnya, Acha memuat naik satu appreciation post kepada Naima kerana telah berjaya memenangi pingat gangsa. bukan itu sahaja, malah Naima juga merupakan designer baju renang yang dipakainya satu pasukan.
“Terima kasih Naima Syeeda sayang atas pingatnya.
“Naima bukan hanya memenangi medal gangsa pada Sukan Sea 2017 tetapi juga mereka sendiri pakaian mandi untuk pasukannya! Hebat!” tulis Acha.
Naima dilihat turut memberikan respon dengan mengucapkan terima kasih atas ucapan tahniah itu.
Acara renang berirama kategori berpasukan ini telah diadakan pada 20 Ogos lalu di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil dan menampilkan pasukan dari Singapura sebagai juara dan Malaysia sebagai pemegang pingat perak. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim
No comments:
Write comments