KECOH apabila netizen mendakwa ternampak ‘benjolan’ pada seluar usahawan kosmetik, Nur Sajat ketika sedang asyik karaoke.
Insiden itu telah mengakibatkan ramai yang yakin bahawa dia sebenarnya adalah lelaki seperti mana yang hangat diperkatakan sebelum ini.
Menurut sebuah portal online, difahamkan video pendek Sajat menyanyi itu telah dirakam oleh Gie Ismail sebelum dimuat naik ke laman Instagramnya menerusi insta story.
Video itu secara tidak langsung telah mendapat reaksi yang pelbagai di mana rata-rata antara mereka yang mengutuk pengasas produk bengkung itu dengan komen yang lucah.
Selain itu, terdapat juga individu yang mendakwa suara Sajat ketika menyanyi bukan suara sebenar kerana didengar sedikit merdu dan dikatakan seakan suara seorang wanita.
Berikutan tidak tahan dengan pertuduhan tersebut, Sajat dilihat tidak hanya berdiam diri sahaja malah dia telah memuat naik satu video di laman sosial.
Video berdurasi kurang daripada dua minit itu memaparkan Sajat yang sedang makan di sebuah
kedai dengan beberapa orang rakannya mengulas berkaitan kejadian tersebut.
“Itu seluar, awak… Seluar kain dia tu.. lagi satu kita kan memang ada dua kemaluan… Kenapa awak ni..
“Memang jenis suka tengok kemaluan orang eh? Kalau jalan-jalan tengok part tu dulu eh.. kotorlah… Gila sekslah you all ni…
“Pastu diaorang cakap bila I nyanyi I miming… Ehhh suara bila menyanyi lain… bila nyanyi automatik suara lebih woman… I kan transfromer…” seloroh Sajat dengan nada menyindir.
Video yang mendapat tontonan lebih daripada 40,000 itu turut mendapat hentaman teruk daripada netizen di mana kebanyakan antara mereka mengecam usahawan ini.
Namun, seperti biasa Sajat dilihat tidak mengendah apa yang dilemparkan kepadanya malah lebih gembira menjalani hidupnya.
Biasalah hidup public figure tindak tanduk sentiasa menjadi perhatian. Hmmm… apa-apa pun mana yang baik teruskan, mana yang buruk harap ditinggalkan yaaa.. – MYNEWSHUB/AmyMaizura
No comments:
Write comments