Thursday, 16 February 2017

Wanita cantik jadi 'senjata' pembunuh rejim Pyongyang


SEOUL: Pembunuh upahan wanita Korea Utara yang memiliki paras menawan dan dilengkapi alatan beracun, kini menjadi senjata pilihan rejim mengintip lawan, kata seorang pembelot berprofil tinggi kepada AFP hari ini, susulan insiden terbaharu minggu ini.

Pembelot Korea Utara dan pengkritik terkenal Pyongyang, An Chan-Il, berkata ejen lelaki bersenjatakan senapang atau pisau dipinggirkan berbanding wanita. 

"Kami sentiasa berhati-hati terhadap wanita muda yang mendekati kami, bimbang dibunuh kerana balas dendam," katanya. 

Ulasannya dibuat beberapa hari selepas abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un, Kim Jong-nam maut dipercayai dibunuh pembunuh upahan yang didakwa Korea Selatan dilakukan oleh ejen Pyongyang. 

Ketua perisikan Korea Selatan percaya, Jong-nam disembur racun pada wajahnya ketika menunggu di sebuah lapangan terbang antarabangsa di Kuala Lumpur. 

Setakat ini, dua wanita ditahan pihak berkuasa Malaysia susulan pembunuhan itu. 

Chan-Il, seorang bekas komando Korea Utara yang belot ke Korea Selatan pada tahun 1979 dan kini penyelidik utama hal ehwal dalaman Pyongyang dan pengkritik tegar negara komunis itu. 

Beliau adalah seorang daripada lapan pembelot yang diberi status perlindungan tertinggi Korea Selatan. 

Katanya, beberapa tahun kebelakangan ini, ejen lelaki Korea Utara semakin dipinggirkan untuk mengumpul perisikan atau membina hubungan dengan perisik lain. 

"Ejen wanita pula dilatih melakukan pembunuhan menggunakan racun. Mereka dengan mudah menyembunyikan penyuntik racun mini dibuat daripada plastik, sama ada dalam gincu, kosmetik atau bawah pakaian," katanya dengan menambah peralatan plastik itu sukar dikesan pihak keselamatan lapangan terbang. - AFP

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments