DUA tahun lalu, warga media sosial pernah dilanda demam 'kegilaan' terhadap seorang banduan bernama Jeremy Meeks.
Meeks antara empat yang ditahan di Stockton, California, kerana memiliki senjata tanpa kebenaran pada 2014.
Hampir setahun selepas dibebaskan dari penjara, Meeks kini sudah bergelar peragawan.
Ia bukan sesuatu yang pelik kerana Meeks sememangnya sudah dikenali dalam kalangan netizen sebagai banduan paling kacak.
Gambar yang diambil ketika dia ditahan tular di media sosial dan ketampanannya menjadi perbualan.
Meeks secara rasmi memulakan tugasannya sebagai peragawan untuk label fesyen Philipp Plein, di Minggu Fesyen New York, hujung minggu lalu.
Foto-foto peragaan Meeks tersebar dan netizen nyata tidak terkejut dengan perkembangan terbaru itu.
Dalam masa yang sama, mereka menganggap ini adalah permulaan baru dalam episod hidup Meeks dan berharap dia tidak lagi terjebak dengan kegiatan yang menyalahi undang-undang.
Meeks, 31, menjalani hukuman penjara 27 bulan dan dibebaskan Mac tahun lalu. - Astro Awani
Imaan Hammam and Jeremy Meeks backstage at Philipp Plein Fall 2017. #NYFW pic.twitter.com/MgPdWRYs9a— models daily (@supermodeldaiIy) February 15, 2017
"Hot felon" Jeremy MeeksPhilipp Plein #NYFW pic.twitter.com/aTu0R6QHsw— GoodGalReRe (@_reneebu) February 14, 2017
"Hot Felon", Jeremy Meeks, made his runway debut in the Philipp Plein show at the New York Public Library! pic.twitter.com/q0wmD0RrDJ— Pop Crave (@PopCrave) February 15, 2017
#JeremyMeeks, the original prison bae, walked for #PhilippPlein's show during #NYFW. pic.twitter.com/v9zotkZCZX— EFB (@ENTFORBREAKFAST) February 14, 2017
No comments:
Write comments