Monday, 6 February 2017

Sembur racun paksa lipas keluar dari telinga

BEIJING: Seorang lelaki di selatan China menyembur racun serangga untuk membunuh lipas yang terperangkap dalam lubang telinganya selama tiga hari. 

Akhbar The Chengdu Economic Daily melaporkan, lipas itu dikatakan memasuki telinga lelaki berusia 60 tahun itu pada 1 Februari lalu. 

Lelaki berasal dari Chengdu itu menggunakan pelbagai cara dan peralatan untuk mengeluarkan lipas berkenaan, termasuk dengan penyepit kecil dan pencungkil gigi. 

Apabila usaha itu gagal, lelaki berkenaan mengambil keputusan untuk menyembur racun serangga ke dalam lubang telinganya.

Walaupun semburan racun serangga membunuh lipas itu, bangkainya masih tertinggal dalam telinga lelaki itu. 

Ia menyebabkan telinga lelaki itu membengkak akibat terkena bahan kimia daripada racun serangga. 

Lelaki terbabit terpaksa mendapatkan rawatan di hospital untuk mengeluarkan serangga sepanjang satu sentimeter itu. 

Menurut doktor, lipas memerlukan tempat perlindungan panas ketika musim sejuk dan telinga manusia dianggap habitat paling sesuai. 

Justeru, doktor menasihatkan mereka yang menghadapi masalah sama supaya memenuhkan telinga dengan minyak untuk memaksa serangga itu keluar. - Agensi

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments