Tuesday, 14 February 2017

Komisyen ditolak jika gagal laksana tugas, kata GrabCar


Syarikat penyedia perkhidmatan pengangkutan berasaskan aplikasi GrabCar menjelaskan punca pihaknya menolak pendapatan pemandu teksi kerana mereka gagal melaksanakan tugas.

Ketua Pengurus GrabCar Malaysia Sean Goh, berkata syarikat itu telah melaksanakan syarat baru iaitu sekiranya mereka membatalkan pesanan penumpang, syarikat itu akan membuat pemotongan sebanyak RM1.

Namun, penalti itu dikenakan selepas pemandu tersebut diberikan tiga kali peluang dan pemotongan dibuat selepas gagal melaksanakan tugasan seterusnya.

“Rakan-rakan pemandu yang membatalkan atau mengabaikan tugasan, pihak kami akan menghukum dengan mengenakan denda sebanyak RM1 bagi setiap tugasan namun mereka diberikan tiga peluang sehari sebelum dikenakan penalti.

Bagaimanapun, katanya, GrabCar memberikan ganjaran sebanyak RM1.50 kepada pemandu yang dapat memenuhi semua tempahan.

Sean berkata, syarat itu dilaksanakan untuk keselamatan dan keselesaan penumpang serta memastikan GrabCar adalah pengangkutan awam harga patut yang boleh dipercayai.

Hari ini, kira-kira 100 pemandu GrabCar tampil mengadakan sidang media bersama NGO Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) bagi menyuarakan rasa tidak puas hati dengan mendakwa GrabCar menolak pendapatan dengan jumlah yang tidak munasabah.

Para pemandu tersebut turut merungut pendapatan ditolak antara RM1,100 sehingga RM1,600 setiap bulan.

Sementara itu Sean berkata pihaknya turut memahami mungkin ada di kalangan pemandu tersebut yang tidak jelas mengenai cara pengiraan yang telah ditetapkan. - Malaysiakini

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments