Tuesday, 3 October 2017

Pilih Bayar Bil Atau Hentikan Rawatan Anak


SEORANG ibu dalam dilema. Ini kerana dia terpaksa membuat keputusan sama ada perlu menghentikan rawatan anaknya atau tidak, selepas semua wang simpanan habis digunakan untuk rawatan itu.

Anaknya itu, Jinjin, telah koma selama lebih 300 hari akibat menghidap radang otak. Semua wang simpanan Xie Huihan dan suaminya yang disimpan sejak enam tahun lalu telah habis digunakan untuk rawatan Jinjin.

Kini, doktor di sebuah hospital di China meminta keluarga berkenaan membuat pilihan sama ada terus membayar bil atau menghentikan rawatan anak mereka apatah lagi keadaan Jinjin tidak stabil dan doktor sendiri tidak tahu bila dia akan sedar kembali.

JinJin dibawa ke hospital pada 20 Oktober 2016 selepas dia muntah dan keletihan di rumahnya di Henan.

Selepas menjalani rawatan selama 13 hari, keadaannya tidak berubah dan turut mengalami pneumonia.

Jinjin kemudiannya dimasukkan ke unit rawatan rapi pada 4 November tahun lepas. Dia didapati mengalami masalah pernafasan dan turut dijangkiti penyakit lain. Sejak itu dia berada dalam keadaan koma dan terpaksa menggunakan mesin sokongan hayat.

Keluarganya telah membayar sebanyak RM37,900 ketika Jinjin dirawat selama 15 hari di ICU dan kini mereka terpaksa membayar kos rawatan selebihnya.

Xie dan suaminya pula hanyalah pekebun dan mereka telahpun meminjam RM300,000 daripada rakan dan keluarga mereka.

Kini mereka sedang dilema, apa yang perlu dilakukan. Duit simpanan sudah habis tetapi Xie setiap hari dan malam datang melawat anaknya di hospital dengan harapan suatu masa nanti Jinjin akan sedar dari koma. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments