Tuesday, 14 February 2017

Ferrari, Lamborghini kena ciplak


Girona, Sepanyol: Polis Sepanyol menahan tiga individu selepas menyerbu sebuah bengkel membuat kereta Ferrari dan Lamborghini tiruan sebelum dijual di Internet.

Bengkel yang terletak di bandar ini diserbu selepas polis mengesan beberapa kereta sport mewah itu dijual di Internet dengan harga yang murah.

Ketika serbuan berkenaan semua suspek sedang mengubah suai kereta Toyota MR2, Ford Cougar dan Peugeot 406 terpakai untuk dijadikan model Ferrari dan Lamborghini.

Semua kereta itu diubah suai untuk menyerupai kereta Ferrari model F355, F430, F360 dan F348 yang menggunakan enjin berkuasa 2.0 cc hingga 2.5 cc.

Polis berkata, kumpulan itu menggunakan kemahiran mereka menggunakan gentian kaca untuk membuat badan kereta itu. - Mymetro

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments