Tuesday, 14 February 2017

Doktor ponteng 400 hari


Klang: Statistik menunjukkan ramai pegawai perubatan terutama doktor pelatih dibuang kerja di negara ini berikutan tidak hadir tugas sehingga mencecah lebih 400 hari.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, sektor perubatan mencatatkan kadar kehilangan kerja tertinggi berbanding sektor lain setakat ini.

“Banyak doktor atau kakitangan perubatan terpaksa dibuang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana tidak hadir tugas. Apa pun alasannya, secara purata ada yang hilang daripada tugas selama 100 hari, 200 hari hingga lebih 400 hari.

“Ia mungkin akibat tekanan sebagai doktor pelatih atau bekerja di hospital. Ada juga keadaan apabila suami atau isteri melanjutkan pelajaran ke luar negara, mereka hanya mengikut tanpa mengikut proses ditetapkan,” katanya selepas melawat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di sini, semalam.

Ali berkata, pihak berkenaan perlu mencari jalan penyelesaian memudahkan peraturan sedia ada dan mencari punca pegawai perubatan menghilangkan diri daripada tugas sehingga tempoh lama. - Mymetro

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments