Tuesday, 14 February 2017

Cuba catat rekod dunia janggut lebah


Riyadh: Seorang lelaki Arab Saudi berhasrat mencipta rekod baru dunia bagi janggut lebah paling lebat.

Untuk tujuan berkenaan, Zuhari Fattani sudah mula menjalani latihan dengan menempatkan ratu lebah pada mukanya dalam usaha untuk menarik lebah.

Usahanya itu dapat dilihat menerusi beberapa gambar yang tular di media sosial baru-baru ini.

Zuhari yang mula menternak lebah untuk tujuan mendapatkan madu sejak 30 tahun lalu kini mempunyai tiga ladang lebah, termasuk satu yang mudah alih dengan 1,200 jenis sarang lebah. - Agensi

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments