KUALA LUMPUR: Empat orang lelaki yang menjadi suspek dalam kes pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam yang kini dijejaki polis Bukit Aman, dipercayai telah melarikan diri sebaik sahaja melaksanakan serangan tersebut pada isnin lalu.
Mereka dianggap sebagai dalang atau perancang kes pembunuhan sensasi yang kini mendapat perhatian dunia.
Mereka ialah Rhi Ji-hyon, 33 (sampai di Malaysia pada 4 Feb), Hong Song-hac, 34 (sampai 31 jan), O Jong-gil, 55 (sampai 7 Feb) dan Ri jae-nam, 57 (sampai 1 Feb).
Akhbar The Star yang memetik sumber berkata, lelaki terbabit terus terbang ke Jakarta, kemudian ke Dubai dan Vladivostok, sebelum akhirnya mendarat di Pyongyang, ibu kota Korea Utara.
Perjalanan jauh dan panjang itu diambil sebagai satu perancangan itu mengelirukan pihak berkuasa.
Gambar lelaki berkenaan telah pun diterbitkan oleh media antarabangsa dan nasional.
Setakat ini, dua orang wanita, seorang warga Indonesia, Siti Aisyah, 25, dan seorang warga Vietnam, Doan Thi Huong, 28, telah ditahan polis.
Sementara, seorang warga Korea Utara, Roi Jong-chol, 48, ditahan pada Jumaat, dan memasuki Malaysia pada 6 Ogos lalu. - Sarawak Voice
No comments:
Write comments