Wednesday, 1 February 2017

Bot Karam: Kerajaan Tidak Tegas Punca Bot Karam Berulang di Sabah

Oleh LAJIM HAJI UKIN
KENYATAAN: Saya mengucapkan takziah kepada keluarga tiga mangsa bot katamaran yang karam di perairan antara Tg Aru dan Pulau Mengalum semalam. Kita berdoa semoga enam orang lagi yang masih hilang, selamat dan akan ditemui cepat.

Saya amat bersimpati dengan keluarga mangsa-mangsa bot karam ini dan berharap mereka bersabar ketika ini. Saya juga berharap 20 orang yang ditemui selamat di laut akan dapat layanan yang baik sehingga mereka benar-benar pulih dari kejadian ini.

Pada masa yang sama saya mengulangi gesaan saya ketika kejadian bot karam di Kota Belud beberapa bulan lalu, agar pihak Kerajaan memantau dan mengambil langkah lebih tegas menguatkuasakan peraturan pengangkutan bot kerana kelekaan dari segi keselamatan penumpang dan keadaan bot dikhuatiri menjadi penyebab utama kemalangan seperti ini.

Kita tidak mahu mendengar kejadian seperti ini berlaku lagi. Jangan sampai para pelancong luar hilang keyakinan terhadap cara kita mengurus keselamatan mereka ketika berada di sini.

Takziah kepada keluarga mangsa dan harap mereka tabah dan dapat bersabar. - Borneo Today
Datuk Seri Panglima Hj Lajim Ukin adalah Presiden, Parti Harapan Rakyat Sabah dan ADUN Klias

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments