RAKAMAN tular memaparkan seorang wanita di China diserang secara seksual oleh dua lelaki ketika berada di dalam kereta telah mencetuskan kemarahan netizen di media sosial.
Lapor portal Shanghaiist, kedua lelaki terbabit dirakam meraba buah dada mangsa sambil mengatakan tindakan itu adalah ‘tradisi’ majlis perkahwinan yang disertai mereka.
Susulan penularan video itu, netizen tempatan menggesa pihak polis menyiasat kejadian itu memandangkan wajah kedua-dua suspek mula tersebar di laman sosial Weibo
Susulan penularan video itu, netizen tempatan menggesa pihak polis menyiasat kejadian itu memandangkan wajah kedua-dua suspek mula tersebar di laman sosial Weibo
Hasil tindakan polis yang pantas, mereka berdua bagaimanapun telah berjaya dikesan dan seterusnya ditangkap.
Polis menjelaskan bahawa insiden tersebut dirakam dalam sebuah kenderaan oleh sebahagian daripada rombongan yang hadir dalam majlis perkahwinan pada 3 Jun lalu.
Salah seorang suspek berusia 21 tahun dikenali dengan nama keluarga Hu, manakala seorang lagi pengapit pengantin lelaki dikenali dengan nama keluarga Chen, berusia 19 tahun. – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments