BAGI meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap imunisasi, Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menganjurkan satu pertandingan menerbitkan video kreatif.
Pertandingan yang dibuka kepada warganegara Malaysia berusia 18 hingga 40 tahun itu mengetengahkan tema, ‘Anda Sihat Kerana Imunisasi Melindungimu’.
Penyertaan adalah terbuka secara individu atau berkumpulan dan peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan.
Video yang dihasilkan pula mestilah tidak melebihi tiga minit, termasuk montaj dan kredit video.
Tarikh tutup pertandingan adalah pada 30 Jun 2017 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari.
Pemenang utama pertandingan akan meraih hadiah wang tunai RM5,000 beserta sijil penyertaan, tempat kedua RM3,000 beserta sijil penyertaan dan ketiga, RM2,000 beserta sijil penyertaan.
Bagi yang berminat, anda dikehendaki mengisi borang penyertaan yang boleh dimuat turun dari laman sesawang www.infosihat.gov.my – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments