Sunday, 11 June 2017

Dikecam Selfie, Janna Tak Kisah Apa Orang Nak Cakap


NAMA pelakon Janna Nick tak pernah sunyi daripada dilanda kontroversi lebih-lebih lagi sejak namanya semakin dikenali ramai beberapa tahun kebelakangan ini.

Apa sahaja yang dilakukan Janna pasti ada sahaja yang tak kena di mata sesetengah pihak.

Macam kes terbaharu dia dikecam sesetengah netizen kerana mengambil gambar swafoto ketika sedang mengerjakan solat sunat terawih di sebuah masjid, baru-baru ini.

Netizen mengecam perlakuan aktres kelahiran Kedah itu yang disifatkan mereka sebagai menunjuk-nunjuk dalam melakukan ibadah.

Mengulas mengenai hal tersebut, Janna dengan tegas berkata, “Saya tak pernah kisah apa orang nak cakap!”

“Siapa kita nak jatuhkan hukum ikhlas atau tidak ibadat seseorang itu? Lagipun perkara ini bukanlah satu masalah atau isu yang besar untuk dibincangkan.

“Bulan yang mulia ini, apa kata fikir yang baik-baik saja,” ujarnya memetik mStar Online. 

Menurut Janna lagi, dia bertindak balas dengan memberi respons terhadap komen-komen yang mengkritiknya itu adalah bertujuan untuk menjelaskan perkara sebenar dan sama sekali tidak bermaksud untuk berlagak pandai.

“Bukan niat saya untuk berlagak pandai atau nak menyakitkan hati orang lain.

“Tindakan saya membalas komen-komen itu untuk memberikan penjelasan kepada mereka yang telah salah faham,” kata Janna sambil menjelaskan tindakannya memuat naik foto tersebut adalah untuk mempromosikan telekung yang dijual olehnya. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments