Thursday, 21 September 2017

Bayi Berwajah `Makhluk Asing’ Jadi Tumpuan


SEOARANG bayi kini menjadi tumpuan penduduk selepas dilahirkan dengan kecacatan muka hingga digelar sebagai makhluk asing.

Bayi itu yang masih belum dinamakan, merupakan anak kepada pasangan Arshad dan Karisma, yang menetap di Uttar Pardesh. Dia dilahirkan pada Selasa lalu.

Bayi itu dilahirkan tanpa hidung atau telinga manakala matanya pula terjojol keluar.

“Matanya besar dan merah. Dia melihat saya dan hidungnya rata. Dia juga tidak mempunyai telinga.

“Saya masuk ke bilik bersalin pada pukul 4 pagi dan dia dilahirkan secara normal.

“Saya sangat gembira untuk melihatnya tapi selepas melihat wajahnya, saya tidak percaya kerana tidak pernah melihat muka bayi seperti itu sebelum ini,” kata Karisma.

Sejak bayi itu dilahirkan, penduduk tidak henti-henti mengunjungi rumah pasangan berkenaan.

Namun Arshad berkata, anaknya itu adalah anugerah tuhan dan dia yakin bayi berkenaan akan diberikan umur yang panjang serta menjalani kehidupan yang baik.

“Tuhan telah memberikan dia kepada kami. Kami tidak akan membuang dia. Kami akan menjaganya sepanjang hidupnya,” katanya.

Pasangan itu turut mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments