Thursday, 21 September 2017

6 Wanita Pakai Baju Sama Jadi Perhatian


BAYANGKAN anda ke satu majlis perkahwinan dan anda mendapati ada tetamu lain mengenakan baju yang sama dengan anda. Apa yang anda rasakan?

Kalau seorang yang memakai baju yang sama boleh dimaafkan tetapi enam orang mengenakan pakaian yang sama.

Ia tentunya merupakan mimpi ngeri, khususnya kepada kaum wanita.

Namun itu yang berlaku di Australia. Enam wanita yang berbeza telah menghadiri satu majlis perkahwinan dengan memakai baju yang sama yang dijual oleh Forever New, pada harga £100.



“Anda patut membuat pendaftaran baju supaya pelanggan boleh bertanya sama ada ada orang lain ke yang pernah membeli baju yang sama,” demikian tulis Debbie Speranza dalam nada gurauan ketika memuatnaik gambar enam wanita memakai pakaian yang sama dalam Facebooknya.

Apa yang menariknya wanita-wanita terbabit bukannya pengapit pengantin pun.

Menurut Debbie, salah seorang daripada wanita berkenaan adalah sepupunya manakala yang lain, tidak dikenalinya.

“Saya rasa saya patut dapat baucer kerana iklan (baju) ini,” kata Debbie. – MYNEWSHUB.CC

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments