Thursday, 3 August 2017

Suruh Komen Tapi Marah Bila Netizen Kata Tak Sedap…


SIAPA yang tidak kenal dengan jutawan kosmetik yang sering mencetuskan kontroversi dengan pelbagai cerita hangat menerusi media sosial.

Ada sahaja perkara yang hendak diperkatakan olehnya di laman sosial sehinggakan menjadi perhatian media dan para pengikutnya.

Baru-baru ini Dato’ Aliff Syukri telah memuat naik satu foto yang memaparkan dia berada dalam sebuah studio rakaman sambil beraksi sedang menyanyi dengan penuh penghayatan.

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


“Vokal bukan sekadar rupa. Korang rasa ada bakat tak saya? Komen ikhlas tau,”tulisnya menerusi foto tersebut.

Maka, peluang itu diambil oleh para netizen untuk meluahkan pendapat dan pandangan masing-masing.

Tidak terlepas juga, peluang tersebut digunakan sebaik mungkin oleh para hatersyang sememangnya menunggu masa untuk ‘menghentam’ pengasas terlajak laris itu.

Foto yang mendapat lebih 7,000 likes dan 300 komen itu, secara tidak langsung mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata ramai meminta Aliff untuk lebih memberi fokus kepada perniagaannya sahaja dan melupakan hasratnya untuk bergelar penyanyi.

“Tak sedap langsung… la kenapa Datuk marah bila orang komen. Dah Datuk yang tanya kan. Bila suruh orang komen tu kenalah terima… kadang-kadang merepek juga Datuk ni,” komen @are_deq89.

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


Berikutan terasa dengan komen netizen, Aliff dilihat membalas komen secara umum di mana meminta netizen menjaga hatinya.

Hmmm…Semua pengasas kosmetik nak jadi penyanyi sekarang ya! Sama-sama naiklah nampaknya. Good luck Dato’! – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

    Choose :
  • OR
  • To comment
No comments:
Write comments