STOCKHOLM – Hasrat tidak masuk akal lelaki untuk meningkatkan ‘kejantanannya’ sama ada menerusi cara pembedahan atau perubatan alternatif tidak pernah padam sejak dahulu lagi.
Ironi, meskipun banyak kes gagal, ramai lelaki tetap tidak serik. Terbaharu, satu pembedahan yang dilakukan ke atas seorang lelaki Sweden berakhir dengan kematian tragik tanpa mangsa sempat menikmati hasil batin dirinya.
Lelaki berusia 30 tahun di ibu kota negara rantau Skandinavia itu bercita-cita mahu meningkatkan ketebalan dan kepanjangan batang zakarnya dengan menggunakan proses pemindahan lemak dari perut ke alat kemaluannya.
Mangsa merupakan antara 8,400 pesakit lelaki dari seluruh dunia setiap tahun yang berusaha meningkatkan ketebalan alat sulitnya itu walupun doktor pakar sakit tuan sendiri tidak menggalakkannya kerana berisiko tinggi.
Deskripsi bedah siasat kes yang dimuat dalam Journal of Forensic Sciences itu melaporkan doktor melakukan pembedahan tersebut dengan penyuntikan dua auns cairan dari sel lemak pesakit namun tiba-tiba terjadi hal lain.
Lemak didapati bocor ke pembuluh darah dan mengalir ke paru-paru, mengakibatkan ruang paru-paru serta saluran darah pecah. Mangsa yang tiada sejarah penyakit jantung, akhirnya mengalami serangan jantung di meja bedah.
Doktor terbabit selepas itu bergegas melakukan prosedur kecemasan CPR untuk memulihkan kembali fungsi pernafasan dan aliran udara, tetapi lelaki malang tersebut disahkan meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian.
“Ini adalah kes pertama direkodkan secara akademik, iaitu prosedur pembesaran batang penis yang tampak saiz sederhana dan selamat dengan pindah lemak namun menyebabkan kematian mendadak seorang pemuda sihat.”
Jurnal itu mendedahkan bahawa pembedahan tersebut sebenarnya lebih berisiko kerana menggabungkan dua prosedur secara serentak iaitu penebalan batang zakar dan kemudian pemanjangan alat sulit berkenaan pula.
Pakar Urologi, Tobias Kohler yang tidak terlibat dalam kes itu menyatakan kepada portal BuzzFeed News bahawa antara alasan doktor bedah tidak menyarankan pembedahan semacam ini adalah kerana ia tidak berguna pun.
“Selain hasilnya ‘tidak boleh dipakai’, akibat susulannya pun ngeri kerana bentuk zakar jadi tidak jelas, bahkan gagal tegang ketika bersetubuh,” katanya dari klinik rawatan kesuburan terkenal di Amerika Syarikat, Mayo Clinic,
Satu tinjauan ilmiah pada 2017 menerusi jurnal Translational Andrology and Urologymelaporkan “majoriti lelaki yang mencari terapi pemanjangan penis memiliki ukuran zakar normal, yang secara fungsi adalah tetap memadai.”
Selain itu, kebanyakan pesakit yang memilih pembedahan elektif ini dikesan menderita kelainan anggota tubuh dan tidak dapat secara jernih melihat tubuh mereka sebagai sudah ideal. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
No comments:
Write comments