KASIHAN! Sehari selepas membuat pengakuan diriya biseksual, penyanyi Aaron Carter mengakui telah berpisah dengan teman wanitanya, Madison Parker.
Menurut laporan Dailymail, Aaron dan kekasihnya telah mengambil keputusan untuk berpisah dengan cara baik demi kebaikan mereka bersama.
“Aaron menjelaskan keputusan untuk berpisah dibuat secara bersama dan mereka memilih untuk menjadi kawan baik sahaja.
“Aaron dan Madison saling menyayangi serta menghormati antara satu sama lain dan menganggap keputusan yang dilakukan ini adalah jalan terbaik untuk mereka,”kata pihak pengurusan Aaron.
Semalam, Aaron Carter telah mengejutkan umum terutamanya peminat setianya dengan pengakuan yang dirinya pernah menjadi seorang biseksual.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Aaron menerusi entri terbaharu menerusi akaun Instagram miliknya.
“Ini langsung tidak membuatkan saya berasa malu dan saya sejujurnya terbeban kerana perlu menyembunyikan perkara ini daripada pengetahuan orang ramai.
“Saya bertapak dalam industri hiburan ketika usia 13 tahun dan sejak itu saya sudah mula berasa tertarik pada lelaki dan perempuan,” tulisnya.Haiii, macam-macam hal lah! – MYNEWSHUB.CC
No comments:
Write comments